Tuesday, December 18, 2012

:: sesi luahan rasa ::

diam tak diam...
sudah masuk 18 minggu kandunganku..
tak tahu kenapa keexcitedannya terasa hambar sahaja
ini bukan disebabkan tidak suka atau apa..
tapi mungkin hormon..
adakah faktor usia akan mempengaruhi tahap keterujaan seseorang untuk menimang cahaya mata..
atau mungkin sebab terlalu lama menunggu dan bersabar..
perasaan takut kehilangannya lebih mendominasi diri
menyebabkan keterujaannya tidak dapat dirasai..
menyebabkan diri menghadkan dan menyekat keterujaan itu
atau jugak mungkin diri ini belum mampu menerima hakikat..
akhirnya doa dan harapan itu bakal dimakbulkan..
ada jugak doa saya yang dimakbulkan Tuhan..

atau pon adakah foktor persekitaran juga turut  mempengaruhi..
saya telah melaui proses kehamilan ini bersendirian..
mendapatkan rawatan dan pemeriksaan juga bersendirian..
pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui.. 
tanpa ada yang membantu disisi..
selain anak kesayanganku..
namun tiada yang perlu disesalkan..
ia adalah pilihan sendiri..
jadi mungkin ini juga mempengaruhi tahap keterujaan itu..

tapi saya patut bersyukur..
ada kengkawan adik2 dipejabat sebagai sumber rujukan..
untuk dikongsi rasa
suka duka melalui tempoh ini..
 
ini adalah kandungan saya yang kedua..
dan keadaan agak berbeza dengan yang pertama
alahan, habit, deria rasa, perasaan,keterujaan
yang pertama, saya cuma boleh makan mangga sehingga usia 10 minggu
yang kedua, saya lebih suka makanan yang pedas, dan xgemar benda2 masam
yang pertama, saya tidak merasa apa.. selain nk makan benda masam
yang kedua, saya rasa sakit, tarikan dalam perut, rasabergerak2.. mungkin disebabkan cysts
yang pertama, saya tak boleh tgk cerita berat yang memerlukan kita berfikir spt CSI, NCIS,dll lebih suka siri komedi, yang membuatku ketawa..
yang kedua, semua belasah ok jer.. berat ringan sume boleh tgk..
yang pertama, kerja xbyk so agak santai tp teruja sgt
yang kedua, tidak boleh terlalu fokus dan khusyuk bila mengadap PC, kepala akan rasa sakit sgt

sayangnya yang pertama, takdirnya cuma 10 minggu sahaja dlm rahimku
yang kedua, kudoa semoga rezeki ini milik aku
bakal pengirim doa untukku bila mati nanti..
In Shaa Allah..

namun apa jua yang telah tersurat dan tersirat
tiada apa pon yang perlu disesalkan..
kehilangan anak pertama ini telahpon Allah ganti
dengan menganugerahkan aku seorang anak lelaki..
amanah Allah ke atas diriku..
walaupon kami bermadah janji berdua
bersetuju menerima amanat ini
namun lebih baik kujagai sendirian..

kami berdua sangat tidak sabar menunggu kelahiran ini..
walau keterujaannya agak sederhana..
namun kehadirannya sentiasa dinanti..
kami lalui hari2 kami dengan dengan mengharap kepada yang Satu..
rezeki, jodoh, ajal dan maut di tanganNya..
tidak perlu lemah dan risau..
anak keduaku..
mommy dan abang long akan sabar menantimu..
semoga kita bertemu nanti..

No comments: