Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

:: ilmu keibubapaan ::

mommy nk kongsikan ilmu parenting dari ibu rose.
semoga dapat manfaat untuk semua..

tepek disini untuk mommy review bila kebuntuan nanti..













 

Saturday, June 7, 2014

:: the right way to selfie:p ::

cerita kawen lagi..
jom be educate with the right way to selfie..
muahaha|:P









 

Tuesday, January 14, 2014

:: salam maulidur rasul ::


selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi dan rasul kita Muhammad SAW..
semoga kita adalah tergolong dari mereka2 yang akan mendapat syafaat darinya..



dia manusia paling agung..
dia manusia paling mulia..
idola manusia sepanjang zaman..

mari berselawat kepada junjungan besar kita..
amin..


  

Tuesday, December 31, 2013

:: tata 2013 hello 2014 ::

2013 adalah tahun yang sangat bermakna buat mommy..
ada segala suka dan duka didalamnya
dan semestinya setiap tahun pon ada kan...
namun 2013 adalah tahun yang sgt istimewa..
tahun ni mommy telah menambah seorang lagi cahayamata
seorang puteri cantik jelita sempurna sifat fizikal dan rohaninya
tinggal bagaimana ibubapanya mahu mencorakkanya..
kehadiran puteri ini sangatlah dinanti2..
menjadikan anak mommy seramai 2 orang dan sepasang sekarang..
Syukur Alhamdulillah atas rezekimu..
setiap anak itu istimewa dengan keunikan mereka tersendiri..

tahun ni jugak sesi main2 abang aqeem akan berakhir..
sesi pra persekolahan juga sudah berakhir
dan akan melangkah pula ke era persekolahan yang sebenar..
tahun depan mommy dah kena didik dia dengan tambahan sifat tegas pula..
semoga perjalanan hidup kami akan bertambah baik tahun berikutnya..

perbezaan amat ketara sekali tahun ini..
status anak satu kepada anak dua..
memang sangat janggal dan agak susah untuk disesuaikan diri pada mulanya..
namun terima kasih abang long sebab sangat memahami..

azam?
rasanya 2013 mommy tak memasang apa2 azam yang spesifik..
jadi untuk 2014 
laksanakan azam yang masih belum tercapai itu..
azam tahun baru mommy..
mahu menjadi hamba yang bertaqwa..
ibu yang hebat,
isteri yang taat,
anak yang patuh
sahabat yang sedia mendengar..
ketua yang adil..
pekerja yang baik..
dan manusia yang cemerlang..
insya Allah jika tidak dapat dicapai sepenuhnya..
akan ada perkembangan yang positif untuknya..
walau apa2 pon kita hanya mampu merancang
namun tuhan yang menentukan.. hihi:)) 
klise punya ayat.

harapan..??
mommy berdoa semoga Allah bukakan pintu hati sang suami..
agar menjadi suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab..
jadi pemimpin akan dapat memimpin dan bukan dipimpin..
semoga menjadi lelaki yang matang, takut kepada azab Allah
dan seterusnya tidak berat sebelah..
tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam saja lagi..
segala kekurangan tahun 2013 tidak akan mampu disempurnakan lagi..
tugas dan tanggungjawab tidak akan berakhir dengan berakhirnya tahun
tidak akan lenyap ditelan waktu
tidak akan pudar ditelan zaman
ia akan menjadi sebagai hutang yang wajib dibayar
yang pasti akan dihisab di akhirat kelak..
jadi fikir2kanlah dan renung2kanlah..
selamat beramal..

sayonara 2013..
ahlan wa sahlan 2014...

 

Thursday, December 26, 2013

:: kenapa berbelog ::

blog mommy ni blog syok sendiri.. hihih:P
so sesuka hati je mommy nak update ape2 pon..
yang pasti tuan rumah ni xdak nak fikir2 karang2 bagai
apa yang nk ditulis atau nak ditempek atau nak dirapu kat sini..
 mommy main belasah jek..
tak pernah kesah pon ada yang nak baca atau tak..
ada yang skodeng ka..
ada org komen ke tak..
ada ke org jengah  atau apa2..

but mommy rasa pelik betul kan
some people said that blog canggini is like keladak.. low minded..
sesikit cite pasal anak dia.. pasal family dia..
whole blog pasal anak dia..
xde cite lain.. sume2 je nk cite..
kekunun nk appreciation dr manusia..
pelikkan manusia..
kenapa nak fikir camgitu..

ada jugak yang kata..
ntah apa2 sume nk tunjuk..
mana dia makan..
dapat hadiah apa..
shopping kat mana..
buat apa..
masak apa..
kalau reti masak xpe gak..
tapi kalau yg reti masak.. cakap pulak nk menunjuk2 plak..
pelik tak?..
semua salah..
ada jugak yang cakap
what is the point blogging
if xde sapa baca..
baik tutup je blog..
hah??

sebab2 people blogging tak sama bagi semua orang..
ada yang kekunun nk abadikan cite2 dan kisah2 hidup dia
so that anak2 can read someday..  bila dah tua can mengimbau kenangan
mcm mommy poyo nih..hahaha
ada yang memang minat menulis.. dan penulisan mereka pon memang sangat baik..
ada yang nak sebarkan ilmu.. nak kongsi ilmu.. berdahwah..
ada yang nak berkongsi pengalaman.. pengajaran.. peringatan..
ada yang nak berkongsi idea, kepakaran, kelebihan dan macam2 kongsi lagi la..
ada yang nak menjana pendapatan nak meningkatkan taraf hidup..
ada yang nak meluahkan rasa hati, marah, kecewa, gembira..
ada yang nak jadikan diari hidup..
semua2 xde pon nk paksa sesapa baca..
kalau tak suka.. tak payahla baca kan..

bagi mommy setiap situasi atau sebab
semuanya tak pernah menggangu mommy
setiap org pegalaman dan jalan hidup yang tak sama..
ada yang kita rasa tak suke atau  menyampah..
tapi ia sebenarnya memberikan inspirasi kepada org lain
yang pengalaman hidup dan kisah hidup hampir sama
kita xtau kan..
atau mungkin suatu hari nanti kita pulak berada dalam situasi sama
yang sekarang tak terjangkau fikiran kita..

ada org yang ada ramai kawan tempat mengadu tempat minta bantuan
tapi ada yang xde.. kehidupan sosial yang stabil..
tapi ada jugak yang berseorangan, jenis pendiam, atau memacam lg..
melalui blogging dan bacaan kisah2 apa pon ada yang memberikan
kebaikan dan kegembiraan kepada org lain
mana kita tau..

jadi janganlah  nak memberikan komen2 negatif dan jahat
bersangka baiklah dlm apa jua..
tak kiralah kita ni siapa pon..
hakim yang Maha Besar dan Maha Adil sahaja yang boleh menilai kita
manusia ni semuanya serba kerdil dan jahil..
pernah silap dan salah
 tidak sempurna dan tidak maksum..
jadi
renung2kan dan fikirlah sendiri..
sekian repeken tengahari ini..
perut lapar.. jom makan..
 

Tuesday, December 17, 2013

:: em melanda ::

mood em melanda
kemalasan...
macamla rajin sangat kan?? hahaha:P 

menghitung hari nak balik ke kampung..
tak sabar nak jumpa anak sulung mommy..
dia pon sama kan duk mengira2 jugak
bile mommy nak sampai ni.. hihi:))

balik kampung selain nak ambil abang aqeem 
adalah sebab kenduri aqiqah 
anak sedara mommy yang paling baru
izzul haq ...
 belum pernah bersua muka lagi dengan anak sedara sorang ni..

miss amanda sekarang dah ada 2 geng 
geng rakan sebaya..
izzul haq dan juga
amsyar suffian ..

amsyar & kak long alya sarah..
miss amanda bolehla geng ngan kak long alya sarah jugak..
 
 

Wednesday, November 27, 2013

:: mini gathering- taiping 2013 ::

jalan2 taiping jumpa kengkawan lama 
ni ala-ala small reU.. 
mommy sambil menyelam sambil minum air 
ambil kesempatan berjumpa kengkawan ini 
dengan bawak anak2 jalan-jalan sekali..

mommy pon amek kesempatan jumpa kengkawan
bergelak ketawa.. sudah lama tak gelak sakan..
thank you all for this gathering..
semoga berjumpa lagi..

mommy happy.. anak2 happy
layanz gambo..









balik umah flat.. sume tidoq sampai pagi.. hihi:))
thank you my frens
panjang umur berjumpa lagi..
Insya allah.
 

Monday, November 25, 2013

:: ::

Salam
copy paste teks today..
renungan untuk diri saya yang semakin tiada daya & upaya..


Ada isteri menuduh suaminya kedekut manakala suami pula menuduh isteri boros menggunakan wang suami. Kalau suami dan isteri saling melempar tuduhan bahawa pasangannya kedekut atau pemboros, siapa betul?

Masalah begini sering berlaku dalam rumah tangga sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam hubungan. Masing-masing menegakkan benang basah walaupun mengetahui sikap itu tidak disenangi pasangan.

Perlu diketahui bahawa di antara hak isteri yang paling utama ialah memberikannya nafkah. Menafkahi isteri adalah bentuk ibadah dan taqarub paling besar yang boleh dilakukan seorang hamba. Nafkah itu sendiri mencakupi makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, dan segala yang diperlukan oleh isteri baik jasmaninya mahu pun rohaninya.

Namun masih ada isteri mengeluh kerana suami dianggap kurang dalam menafkahinya. Allah menegaskan dalam al-Quran bahawa lelakilah yang berkewajipan memenuhi keperluan wanita. Itu catatan pertama. Oleh sebab itu, lelaki juga memiliki hak kepemimpinan dan keutamaan dibandingkan wanita, kerana lelaki jugalah yang memberi nafkah kepada mereka, dalam bentuk mahar atau wang belanja. Allah berfirman:

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”

Banyak dalil-dalil daripada kitab, sunah yang sahih dan ulama yang menyebut mengenai wajibnya bentuk pemberian nafkah dan tanggungjawab itu terletak di bahu lelaki yang bergelar suami dan ayah.

Firman Allah :  “…Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang maaruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya….”(Al-Baqarah : 233)

Demikian juga firman Nya:

“….dan apabila mereka (isteri-isteri yang ditalak) dalam keadaan hamil, berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka bersalin…”(Ath-Thalaq : 6)

Seorang suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dan keluarganya serta semua yang berada dalam tanggungannya, sebagaimana ditegaskan dalam hadis Jabir bin Abdullah r.a bahawa Nabi s.a.w menyatakan:“Bertakwalah kepada Allah dalam memelihara wanita, sesungguhnya mereka itu adalah tawanan bagi dirimu; kamu memiliki mereka dengan amanah kepada Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimatullah, maka hak mereka atas dirimu adalah hendaknya kamu memberi mereka nafkah dan pakaian dengan cara yang baik.” (HR. Muslim VII : 183)

Dalam hadis Muawiyyah in Hidah disebutkan bahawa dia berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah: “Apa hak seorang isteri terhadap diri suaminya?” Baginda menjawab: “Hendaknya  kamu memberi makan sebagaimana kamu makan, dan memberi pakaian sebagaimana kamu berpakaian, janganlah kamu menjelikkan  wajahnya dan jangan kamu memukulnya.” (HR. Abu Dawud  & Ibnu Majah)

Hadis ini menjelaskan bahawa memberi makan dan menyediakan pakaian adalah wajib. Dan kewajiban itu tentu tergantung kemampuan suami. Namun kerana Nabi s.a.w telah menjadikan itu sebagai hak isteri terhadap suaminya, maka adalah wajib hukumnya, ada ataupun tidak. Maksudnya, ketika suami tidak mampu memberikan nafkah kepada isterinya, nafkah itu menjadi hutang yang harus ditunaikan pada waktu lain sebagaimana kewajipan-kewajipan lain.

Dalam hadis Abu Hurairah diriwayatkan bahawa dia berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Apabila seorang di antara kamu pergi dan mencari kayu bakar, lalu menjualnya, untuk mencukupi keperluannya kemudian dia sedekahkan, itu lebih baik daripada dia meminta kepada orang lain, diberi ataupun tidak. Kerana tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang dibawah. Namun mulailah daripada orang yang berhak engkau nafkahi’.” (HR. Muslim)

Para ulama bersepakat tentang wajibnya memberi nafkah kepada isteri bagi seorang suami, kalau mereka mampu, kecuali bagi isteri yang berbuat nista. Nabi pernah bersabda : “Apabila seorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya, sementara ia menghisab diri, maka itu akan menjadi sedekah baginya.” (HR. Bukhari I : 136)

Menafkahi keluarga menurut ulama adalah wajib. Islam menyebutnya sebagai sedekah, kerana dikhuatirkan orang-orang akan menyangka bahawa dengan melakukan yang wajib itu, mereka tidak memperoleh pahala. Padahal mereka telah mengetahui pahala daripada amal sedekah, agar mereka tidak mengalihkannya kepada orang lain, sebelum mereka mencukupi keperluan keluarga. Maksudnya mendorong mereka agar mendahulukan sedekah yang wajib daripada sedekah sunnah.

Nabi bersabda : “Satu dinar yang engkau nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang engkau keluarkan untuk membebaskan budak, satu dinar yang engkau berikan kepada fakir miskin, dan satu dinar yang engkau berikan sebagai nafkah keluargamu; yang terbaik di antaranya adalah yang engkau berikan sebagai nafkah isterimu.” (HR. Muslim II :692)

Jadi seorang suami akan dianggap kedekut apabila dia melalaikan kewajipannya mencari nafkah, meskipun isterinya tidak pernah menuntut atau mempunyai hartanya sendiri. Selama suami mampu dan berkesempatan, dia wajib mencari nafkah demi anak dan isterinya. Bila tidak, dia disebut sebagai kedekut lebih-lebih lagi apabila suami itu mempunyai kemampuan tetapi kurang memperhatikan keperluan isteri dan anaknya. Sebaliknya dia menghambur-hamburkan hartanya di luar rumah untuk kesenangan peribadi.

Lain halnya bila suami belum mampu mencukupi keperluan keluarga, setelah dia berusaha mencari nafkah namun belum mendapatkan kesempatan memperoleh rezeki yang mencukupi. Atau dia mengawal pemberian kepada anak isterinya untuk tujuan bersama yang lebih utama. Seperti menyimpang wang untuk keperluan kecemasan, membiayai kos perubatan atau membeli peralatan dan keperluan rumah tangga yang hanya boleh dibeli dengan cara menyimpan sebahagian daripada pendapatan.
 

Monday, November 4, 2013

:: alien in i-city ::

Baru je mommy berangan nk bawak miss amanda and abang aqeem pergi sini lagi ..


and actually kami baru jugakla pi sana.. last two week..
and it was our first time after all..
first time for mommy..
ya ya..i never been there before..lalu aje xpernah singgah..
first time jugak untuk abang aqeem..
and definetely first timelah untuk miss amanda..
baru jek beli kad tiga hengget tau.. no returnable.. hampeh..
main menan lima hengget satu.. 
mahal wooo...
but babbling to  myself.. 
okla next time mai xyah beli kad lagi..
but tetiba.
my FB friend aka my senior kat sekolah menengah dulu post this..


he took this photo himself..
what kind of makhluk Allah ni ya..
sekali tgk soooo cuteee..
no wonder miss amanda galak sakan pi sini.. haha
other than lampu2 yang cantik menarik tertarik..
rupo-ruponya ada 'toys' jugak dok berkeliaran sekeliling.. muahahaha..

pape pon itulah kuasa Allah kan.. 
Allah Maha Besar..
like abang aqeem use to say..
'indahnya ciptaan Allah'
Wallahuaklam.

 

Tuesday, October 1, 2013

:: geran vs pinjaman ::

salam semua.. 
selamat pagi dan selamat sejahtera semoga semuanya sihat2 sahaja.. 
mommy masih belum pulih dari batuk dan selsema but doctor ckp sepatutnya selsema akan baik sendiri dalam masa dua minggu if xbaik2 juga itu adalah resdung/ sinus so.. 
bila usia dah semakin matang ni memacam penyakit menyapa kan.. 
walau apapon alhamdulillah kerana masih diberikan nyawa.. 
semoga kita akan terus memperbaiki diri..
due diligence Examination bertapa di kedai kami for 2 weeks..
hopefully semuanya ok.. atleast kena dapat three star sbb
mommy dah xsabar nak apply loan ni.. hihi:))

semalam jugak consultant KPDNKK juga menyinggah..
terjah jangan tak terjah..
tapi please check info and facts dulu ya..
takkan geran bertukar jadi loan coz ada  subsidi yang ditarik..
and minyak naik harga..hehe ada kena mengena ka?
tak ke terkezut monkey kami 
bile tetiba tanya berapa amount bayar balik sebulan dan berapa tahun?
bila kita cakap geran dia plak berkeras kata loan..
pe2 pon.. maafkanlah dia sbb kami first kedai yg diterjah bwh kategori kami..
esok2 dia tahulah.. 
siap cakap kat replika cek tu memang  dia tulis bantuan tapi loan.. 
haiyak!
 

Thursday, September 5, 2013

:: ISU MINYAK NAIK ::


COPY PASTE DR (SINI)
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi…
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya…
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak
hilang perikemanusiaan.

 

Friday, August 30, 2013

:: carilah rezeki yang berkat ::

salam jumaat lagi.. 
empat hari berkursus..
ari ni baru masuk ofis.. 
ya Allah kelam kelibut.. 
aduss..
 empat hari tinggal ofis.. 
memacam hal staff nih.. 
EL lah,MC lah, sakit xde sijil lah.. 
ari2 ada je yang curi peluang xdatang.. 
bile ditegur terus muncung...  protes... 
buat kerja cam lahabau.. 

kenapa ya ramai manusia yang bekerja ni
bile ada boss elok kerja..
depan boss pijak semut pon tak mati..
bukan ke kita ni bekerja untuk diri kita sendiri.. 
untuk dapatkan rezeki yang halal..
rezeki yang Allah berkati..
jadi bekerjalah dengan ikhlas kerana Allah
jangan bekerja untuk tujuan lain..
ini tidak,  depan boss masya Allah  rajinnya,
taulah boss korang ni mcm singa..
tapi
jujurlah, ikhlaskanlah..
 
yang tak boleh blah
bile buat2 rajin, buat2 banyak  kerja.. 
but by the end of the day.. takde apa pon..
sia2 je satu hari.. tak tahu buat apa..
rugi kan.. 
diri sendiri rugi, 
syarikat rugi. 
masa pon rugi..


silalah bekerjalah dengan jujur..
wahai adik2ku..

bukan boss yang menetukan rezeki kita..
 hanyalah Allah Pemberi rezeki..
Rezeki adalah rahsia Allah..
jadi jika boss xde or tak nampak..
ketahuilah..
Allah Maha Melihat.. 
Lagi Maha Mengetahui..
Carilah rezeki yang ada keberkatan didalamnya..
dan bukan sebaliknya..
wallahuaklam
 

Friday, August 23, 2013

Tuesday, July 16, 2013

:: menu berbuka: selera mommy ::

dah masuk hari ke lapan kita berpuasa..
alhamdulillah mommy belum lagi terasa nak melawat2 bazar ramadan..
hari2 gigih pecut balik rumah dan masak..
masak geng.. lagi sedap dan kena ngan selera..
dah tentu sedap kan? dengan tekak sendiri..
tapi kan agak sedih jugak..
masih juga ada pembaziranlah.. masak secoet pon xhabis2 makan 2 beradik..
si aqeem lagilah.. nasi sejemput ayam sekutul dah.. masak meriah bagai pon dia xsentuh pon..
ari2 asek panaskan aje selagi tak abes
nak buang sayang..
tp mommy reheat tak lebih 3 kali jek
lebih xlalu tekak nak telan.. hihi))
ada ayam itik ok jugak kan..
teringat itik amanda di kg.. (atuknya belikan 3 ekor itik untuk amanda.. org itik marina.. ni kami itik amanda.. wehehe:P
layans..





tapi ari ni office ada buat majlis iftar..
so makan luar ari ni..
tiap2 tahun pon kami buat iftar sini.. hihi))
why??.
easy peezy breezy nearry and cheappy.. haha:))
ok tak slogan.. muahaha
yang dok2 dekat2 sini leh la cuba..
 tempat nya ok.. tepi bukit, angin sepoi2 bahasa.. jangan ujan nanti dah.. hihi:))
kami suka pergi awal xcrowded sangat..
kalau pi akhir2 ramadan..
alahai nk tolak kerusi pon xbulih.. xselesa nk makan kan?
bukan kat sini jek mana2 tempat pon sama..
i dun like crowd..
apa2 pon selamat menjalani ibadat puasa geng
dan selamat berbuka puasa
take care.. terawih jangan tinggal..
bubye!