Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

:: sebab hati mati ::

satu ilmu untuk dikongsi bersama dengan anda semua;
iaitu berkenaan dengan 6 sebab atau punca hati jadi mati.

Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…

Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

~ Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.

~ Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.

~ Buat amalan tapi tidak ikhlas.

~ Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.

~Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.

~Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

(Hasan Al Bashri r.a.)




















Tuesday, May 31, 2011

:: aku merindukan mu ::


Sewaktu kecil,
Aku mendengar ibu bercerita,
Tentang seseorang yang hebat,
Seorang lagenda yang masih hidup setelah ribuan tahun,
Di dalam hati-hati yang mencintainya.

Engkau mengembala dan berniaga,
Dengan akhlakmu kau berjaya,
Kemudian aku dengar,
Kisahmu dengan ibunda Khadijah,
Cintamu kepada Aisya Humaira,
Engkaulah lagenda percintaan.

Bila remaja,
Aku baca kisahmu dan para sahabatmu,
Hikayat persahabatan dan perjuangan yang ulung,
Abu Bakar sentiasa disisi,
Umar yang membela,
Uthman pemilik dua cahaya,
Ali yang zuhud suami Fatimah permata hatimu,
Dari kisah mereka aku kenali dirimu,
Engkaulah lagenda persahabatan.

Kini,
Aku seorang dewasa,
Aku masih hidup untuk mendengar sejarah hidupmu,
Namun betapa aku rasakan dunia kini,
Cukup utopia,
Aku tidak mampu melihat sirahmu berulang pada zaman ini,
Aku tidak merasakan manisnya persaudaraan,
Akhlakmu Janggal pada zaman ini.

Ya Rasulullah,
Aku impikan kehidupan 1400 tahun dahulu,
Aku bisa mendengar ucapanmu dengan telinga ini,
Memperkuatkan iman dan kecintaan,
Aku bisa melihat ajaranmu dengan mata ini,
Seperti yang dilihat para sahabat,
Sehingga mampu menginfak seluruh kehidupan demi Islam.

Aku umat akhir zaman Ya Rasulullah!
Akulah buih-buih itu,
Aku merinduimu, Ya Rasulullah,
Rindu melihat apa yang aku dengar,
Apa yang aku baca,
Kisah lagenda yang akan terus hidup,
Dalam hati-hati umatmu yang bertaqwa.

Ya Allah,
Selawat dan salamku buat kecintaan dan kerinduan agung,
Rasulullah S.A.W kekasih-Mu,
Aku hidup pada zaman ini,
Hanya mampu berusaha dan berdoa,
Agar nama aku layak dipanggil,
Oleh Rasulullah dengan bibirnya yang mulia,
Untuk bersamanya dan para sahabat serta para solihin,
Di syurga yang abadi.

- Artikel iLuvislam.com


Saturday, May 28, 2011

:: petua untuk hati ::


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

- Artikel iluvislam.com

Sumber Grafik : Koleksi iluvislam.com


Monday, May 23, 2011

:: gambar peristiwa menyayat hati kejadian tanah runtuh ::





alfatihah untuk semua yang terkorban... semoga roh2 mereka dicuuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama org yang soleh...

suber gambo disini

Tuesday, May 10, 2011

:: senyumlah ::


Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari.

- Artikel iluvislam.com

Sunday, April 10, 2011

:: untuk diriku ::

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:
# Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
# Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
# Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
# Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
# HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
# Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

article dicopy dr sini

Sunday, September 5, 2010

:: halal atau haram ::

e-mail post today..

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

  1. 1) McDonald
  2. 2) A&W
  3. 3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

  1. 1) Victoria Station
  2. 2) Kam Lun Ta
  3. 3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

  1. 1) San Francisco Steakhouse
  2. 2) Chicken Rice Shop
  3. 3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIMadalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.


Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE .

Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .


4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


Saturday, June 12, 2010

:: kemalangan menyayat hati ::

sajer post thie e-mail yang mommy terima.. bagi abang askarku tgk..

dia selalu proud jek ngan keje dia.. hehe:) sowi dear!! kalau u ada mesti u tolongkan.. kan??

ni blom lagi war..

tp.. renung2kan dan fikir2kanlah...

Salam,
Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan di
antara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering,.... kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.


Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskrimin
asi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.

Tolong sebarkan kepada
blog yang perihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutamanya facebook Mustapha Mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin..

Wan Mohd ,_._,___













Tuesday, September 15, 2009

:: tazkirah ramadhan -part 2 ::

amalan ramadhan

1. ramadhan - basahkan lidah denganmemperbanyakkan zikir kerana ia dapat menyucikandan menenangkan jiwa dibulan ramadhan yang penuh berkat ini
2. ramadhan - berpuasalah dibulan ramadhan dengan penuh keimanan sambil mengharapkan ganjaran daripada Allah, nescaya diampunkan dosa terdahulu
3. ramadhan - bersahur membezakan cara berpuasa org muslim dan org yahudi. sabda Nabi SAW: sahurlah kamu kerana dalam sahur ituada keberkatannya- Bukhari dan Muslim
4. ramadhan - cubalah sedaya upaya untuk mengawal pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang serta tercela lagi terkutuk disisi Allah taala.
5. ramadhan - cukupkan solat sunat tarawih serta witir sepanjang ramadhan kerana ia hanya ada pada bulan ini sahaja dan tidak terdapat pada bulan2 yang lain
6. ramadhan - elakkan makan daripada makanan yang syubhah iaitu ragu2 samada halal atau haram dan yang ternyata haramnya ketika berbuka puasa atau bersahur
7. ramadhan - hidupkan malam2 ramadhan dengan solat pasti beroleh keampunan. sabda nabi SAW: sesiapa yang bersolat pada malam2 ramadhan akan diampunkan dosanya- Bukhari dan Muslim
8 ramadhan- jangan banyakkan tidur di siang hari kerana hanya tidur orang berpuasa yang berpada2 sahaja akan dikira sebagai satu ibadah
9 ramadhan- memperbanyakkan bacaan al-quran serta memahami isi kandungan Al-quran. ganjaran pahala yang besar menantikhususnya dibulan ramadhan ini
10 ramadhan - menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa besar ganjarannya. sabda nabi SAW: pahala orang yang beri makan berbuka puasa sama dengan orang2 yang berpuasa- riwayat ar- tarmizi
11 ramadhan - orang yang berpuasa lalu membuat amalan2 sunat, diampunakan dosa serta tergolongdalam orang2 benar. sabda nabi SAW: sesiapa yang menghidupkan ramadhan terampun dosanya - Bukhari
12 ramadhan - hidupkan tadarus al-quran. nabi SAW pernah menjelaskan bahawa sebaik2 ibadah umatnya ialah membaca Al-Quran, apatah lagi pada bulan Al-quran diturunkan
13 ramadhan - orang yang berpuasa sangat tinggi darjatnya sehingga digambarkan bau mulut orang yang berpuasa disisi Allah lebih baik daripada bau kasturi- Bukhari
14 ramadhan- pada bulan ramadhan ditutup rapat pintu neraka dan dibuka seluas2nya pintu syurga sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari
15 ramadhan - peliharalah lidah daripada bercakap2 kosong, mengumpat, memfitnah, berkata lucah atau sia2 lagi melalaikan serta aktiviti yang membuang masa
16 ramadhan - ramadhan mengajar umatnya berkongsi kesusahan yang dialami oleh fakir miskin dan org2 yang memerlukan. falsafah puasa menerbitkan keinsafan
17 ramadhan - perbanyakakn ibadah malam dengan berqiamullai sambil bertasbih serta bertahmid dan memuji kebesaranNya kerana pahala menghidupkan malam2 ramadhan amat besar
18 ramadhan - banyakkan zikir dibulan ramadhan. sabda Nabi SAW : 2 perkara yang Tuhanmu redhaiaitu kalimah la ilahaillallah dan kalimah astagfirullahalazim- baihaqi

~ilustrasi maxis

Friday, September 4, 2009

:: tazkirah ramadhan::

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah


A
langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2. Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini.
AZAN
Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawablah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
Begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa..... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak
Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri,
mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."


Thursday, September 3, 2009

:: renungan bersama ::

Cerita yang bagus perlu di renungkan sempena puasa

Suatu ketika seorang manusia diberi kesempatan untuk berkomunikasi dengan Tuhannya dan berkata, “Tuhanizinkan saya untuk dapat melihat seperti apakah Neraka dan Syurga itu”.


Kemudian Tuhan membimbing manusia itu menuju ke dua buah pintu dan kemudian membiarkannya melihat ke dalam.

Di tengah ruangan terdapat sebuah meja bundar yang sangat besar, dan di tengahnya terdapat semangkok sup yang beraroma sangat lazat yang membuat manusia tersebut mengalir air liurnya. Meja tersebut dikelilingi orang-orang yang kurus yang tampak sangat kelaparan.

Orang-orang itu masing-masing memegang sebuah sendok yang terikat pada tangan masing-masing. Sendok tersebut cukup panjang untuk mencapai mangkok di tengah meja dan mengambil sup yang lazat tadi.

Tapi karena sendoknya terlalu panjang, mereka tidak dapat mencapai mulutnya dengan sendok tadi untuk memakan sup yang terambil.

Si Manusia tadi merinding melihat penderitaan dan kesengsaraan yang dilihatnya dalam ruangan itu.

Tuhan berkata, “Kamu sudah melihat NERAKA”

Lalu mereka menuju ke pintu kedua yang ternyata berisi meja beserta sup dan orang-orang yang kondisinya persis sama dengan ruangan di pintu pertama. Perbedaannya, di dalam ruangan ini orang-orang tersebut berbadan sehat dan berisi dan mereka sangat bergembira di keliling meja tersebut.

Melihat keadaan ini si Manusia menjadi bingung dan berkata “Apa yang terjadi ? kenapa di ruangan yang kondisinya sama ini mereka terlihat lebih bergembira ?”

Tuhan kemudian menjelaskan, “Sangat sederhana, yang dibutuhkan hanyalah satu sifat baik”

"Perhatikan bahwa orang-orang ini dengan ikhlas menyuapi orang lain yang dapat dicapainya dengan sendok bergagang panjang, sedangkan di ruangan lain orang-orang yang serakah hanyalah memikirkan kebutuhan dirinya sendiri”