Wednesday, December 19, 2012

:: Kelahiran pertama ::

anak saya yang pertama telah lahir pada 5 okt 2007
di Putra Medical Centre
bermula dengan sakit yang tak seberapa..
lalu mommy hantar ke hospital
5cm telah terbuka..
setelah hampir 5 jam didalam dewan bersalin..
akhirnya Puteraku lahir dengan Csect
disebabkan si ibu tidak pandai melakukan teknik push yang betul..

almost 5 hours bertarung nyawa..
setelah pelbagai cara dilakukan..
forceps telah menyebabkan kecederaan di kepala anakku
pendarahan berlaku menyebabkan pembedahan diperlukan..
keadaan agak cemas, bila nurse berulang alik keluar masuk
dan menelefon sana sini..

tepat jam 5.20ptg, bayi lelaki ini selamat dilahirkan
Alhamdulillah..
tetapi berlaku komplikasi menyebabkan
bayiku masih lagi perlu bertarung nyawa di bilik bedah
sikecil ini telah kehilangan banyak darah
dan bertukar warna kulit kekuningan

dan paed di situ pulak mengatakan
dia tidak jamin samaada bayi ini akan dapat hidup atau tidak
ini kerana warna kulitnya telah bertukar pucat kekuningan
yang agak ganjil..
dan akhirnya
putra medical centre surrender
bayiku akan dihantar ke Hospital Selayang
untuk rawatan lanjut
mommy di luar, tak senang duduk
namun terus sabar berdoa..
jam 8.00 mlm ambulan untuk menghantar bayiku telah tiba
akan tetapi ujian Allah  masih berterusan
mereka mengambil masa hampir 2 jam pula
hanya kerana menghadapi kesukaran
untuk memindahkan bayiku dari incubator ke dalam ambulan
ini adalah disebabkan pelbagai wayar2 alat bantuan pernafasannya
yang menyukarkan proses transfer  itu..

akhirnya dalam jam 10.30mlm  ambulan bergerak,
mommy mengekori ambulan dari belakang
dengan menyalakan hazard lamp..
segala macam jalan yangambulan lalu, mommy tatap memgekorinya..
jem & cilop sana sini, trafic merah belok kiri dan kanan untuk  jalan lurus
mommy pon redah sama..
follow sahaja ambulan itu..

akhirnya dalam jam 11.00 malam kami tiba di Hospital selayang
mommy keluar mengiringi bayi ini ke ICU..
sambil berjalan di sisi dia..
dalam hati mommy berkata
'wahai anakku, kamu adalah ditakdirkan menjadi anaku, kamu harus terus berjuang dan bertarung untuk nyawamu, mommy percaya kamu adalah anak yang kuat semnagat
dan kamu akan jadi sekuat ibumu ini, kamu pasti akan dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan ini.'
bayiku menggengam erat jari telunjukku dalam gengamannya
seolah2 dia menjawab kepadaku..
'saya akan baik2 saja wahai ibuku..  doa dan bersabarlah..'

tiba di ICU,  mommy masih lagi menunggu dan terus menunggu..
setelah hampir 1 1/2 jam menanti
akhirnya dr muncul dan memberitahuku
bahawa anakku ini mampu menagis
dan dia tidak memerlukan sebarang alat bantuan pernafasan..
dan segala bagai wayar yang susah nk diangkut tadi telah pon di bukak  dibuang ke tepi.
baby boleh bernafas sendiri, sekiranya dia dapat menangis.. jika dia tidak menangis barulah ada masalah.. bayiku telah kehilangan banyak darah, dan sekarang hospital sedang menunggu darah dari bank darah, kepalanya sedang membengkak dan membesar, namun dr akan memantaunya
tiada apa yang dapatku lakukan.jadi dr menasihatkan aku pulang berehat..
dan dia juga menyatakan tiada apa yang perlu dibimbangkan, semuanya kan baik setelah dimasukkan darah nanti.

seminggu anakku di rawat unit ICU, pada mulanya keadaan kepalanya memang bengkak dan membesar. Dr mengambil ukuran lilitan kepala setiap 4 jam. aku melawatnya setiap hari.. memegang jari jemarinya yang kecil, mengusap ubun2nya, mengazankan dia sendiri di unit ICU..
sepanjang dalam ICUitu , jaundice pon sempat singgah.. namun semakin hari keadaan dia semakin baik.

sebelum bayiku di dismiss
Allah mengujiku lagi, dengan mendatang cabaran dalam proses adoption..
setelah hampir 3 hari bermain tarik tali, namun ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya.
terimakasih unit kebajikan hospital selayang yang banyak membantuku..

sesungguhnya anak ini anugerah untukku
pemberi semangat untuk diriku
pendamai jiwaku, penawar dukaku
penyelamat untukku di dunia fana ini..

he is the best thing ever happened to me..
itulah anak sulungku
LUQMANUL HAQEEM ZAKEMAN
semoga terus menyuntik semangat untuk mommy..
semoga terus memimpin mommy ke jalan yg lurus..
terima kasih menjadi anak yang mendamaikan hati
terima kasih Tuhan untuk anugerahMU
Alhamdulillah!
 

No comments: