tidak ada kekuatan..
tidak ada daya dan upaya..
untuk menahannya
walau berdoa sekuat hati
memohon seikhlas rasa..
agar dipanjangkan usianya
namun
tidak ada yang mampu menahannya
walau pon cuma sedetik masa..
Inilah adalah rahsia Allah dan
ketentuan Yang Maha Kuasa
daku telah kehilangan
seorang adik..
sahabat baik..
sahabat sehidup semati..
sahabat yang akrab melebihi adik beradik..
akhirnya tanpa sempat kubersedia
kau telah dijemput untuk kembali menemui penciptamu
pada tanggal
9hb Januari 2022
bersamaan 6 JamadilAkhir 1443
yang lalu..
Berehatlah di alam sana.. perjuanganmu disini telah selesai..
Semoga Allah cucuri rahmatnya ke atas rohmu dan ditempatkan bersama-sama para solihin.
aamiin
sukar sekali mahu menerima kenyataannya..
kamu satu-satunya sentiasa ada untukku
dalam susah dan senang selama lebih 20 tahun kita bersama
kamu tempat aku mengadu dan bersandar diwaktu2 sukar dan payah..
kamu tempat aku berkongsi dan merai segala kejayaan dan kegembiraan..
kamu sentiasa menemaniku walau kemana kakiku melangkah
kamu semacam ibu kedua buat kedua anak2ku
kami masih dalam penafian..
kami masih enggan menerima..
kami masih rasa mahu berharap agar ini cuma mimpi sahaja
namun..
jauh disudut hati
kami tahu, kami yakin, kami redha..
kami harus menerima ketentuan ini
walau sukar walau payah walau enggan
kerana kita percaya kepada Qada' dan Qadar Allah
kesakitanmu,
kesusahanmu,
kepayahanmu,
kelelahanmu
kini semuanya telah berakhir
kau berehatlah sahabat
kau tenang dan damaila di sana
kami akan sentiasa menitipkan doa buatmu
kami juga pasti akan menyusul nanti.
Dalam Kenangan
Mazni bt Masran
28.11.1981 -09.01.2022
semoga syurga buatmu..
kamu seorang yang
baik hati..
suka menolong orang..
suka membantu..
suka bersedekah..
suka meringankan beban..
suka memberi
sentiasa meletakkn orang lain melebihi dirimu
ya allag berikan balasan syurga atas segala amal kebaikannya
aamiin.
semoga kita bertemu lagi di alam sana.
Insha allah.
No comments:
Post a Comment