rasa nk tulis tapi macam ketandusan idea..
hati xgembira.. jiwa xtenang
menyebabkan mals nk fikir apa..
minggu ni cuti sekolah bermula
aqeem dah balik kg
suka sangat dia bile dapat balik kg
memula nk bertolak malam sabtu
akan tetapi tiket bas habisss..
aqeem tersangatlah frust
siap cakap kenapalah tiket ni habis.. huhu:((
jadi balik lah semula kerumah
morale.. sila beli tiket awal2 ya motesh..
so sunday malam baru bertolak..
bas plak lambat tiba..
lagilah anak mommy ni membebel
kenapa bas dia xsampai2.. banyak2 bas yang ada kenapa bas dia nk naik xde..
sabau jek..
so now aqeem tengah happy2
kat kg with tok mak, tok ayoh, poksu
cousin aida, afiq and amer..
tinggallah mommy terkontang kanting sengsorang..
tengok
tp ok jugaklah
aqeem balik kg.. dapatlah mommy pi kerja awal sket..
xyah nak memusing highway dan bayar tol anto dia dulu..
jahat mommy kan..
morale.. leh lewat sket bangun.. wahaha:P
mommy have been a single parent for almost 6 years now
susah senang, mommy and aqeem saja yang tahu..
mommy telah cuba yang terbaik untuk mendidik anak mommy
sekadar termampu mommy
namun dugaannya.. banyak anasir luar yang mengganggu
namun kena bersabar..
semoga Allah kuatkan semangat mommy
berikan mommy kekuatan dan ketabahan extra..
tak lama lagi akan jadi ibu tunggal untuk dua anak plaks
semoga terus dipermudahkan oleh Allah..
semoga diberi petunjuk dan jalan keluar
dr situasikehidupan yang sgt sukar ini
apa2 pon hidup mesti diteruskan..
hidup ini terlalu pendek untuk dibazirkan dengan bersimpati kepada org
untuk menunggu dan menanti..
mommy dah bazirkan 9 tahun menanti
rasanya kali ni 2 tahun sudah memadai..
sekarang masa untuk mencari haluan sendiri..
mommy tahu ranjau onak dan duri dihadapan
kali ini kupasti redah jua..
semoga diakhirnya beroleh kejayaan..
amin!
sekian rapuan hari ini
wassalam.
No comments:
Post a Comment