Thursday, June 25, 2015

:: ah lan wa sahlan ::

Ahlan wa sahla ya ramadan kareem 
its been along time since im been posting here..
life just like the ordinary..
masih terkapai2 mencari pautan..
alhamdulillah diberikan nyawa untuk masih bertemumu Ya ramadan
semoga ibadah tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..
dan belum terlambat untuk mommy ucapkan salam ramadan kan..



tahun ini tahun abang makin matang dan bertanggungjawab
alhamdulillah puasanya
lebih baik sangat-sangat dari tahun sebelumnya..
last year cuma berjaya puasa sehari
paling sedikit dikalangan sepupu sebayanya..
tahun ini amat membanggakan 
kerana semangat puasa itu sangat tinggi
first day puasa memang haru biru sikit.. 
ketika dijemput di taska
air mata berlinangan menagis kehausan dan kelaparan
sesampai dirumah tangisnya makin kuat
dipujuk mommy untuk membenarnya berbuka
dimarah adiknya yang makan dihadapannya..

seketika kemudian merayu2
abang rasa sudah macam nak mati dah ni mommy..
namun setelah dipujuk dan dinasihati..
didengarinya
setelah azan berkumandang
terus diteguk air kosong semahunya..
setelah puas
terus diucapkan alhamdulillah sekuatnya..
mommy tersenyum bangga.. geli hati telatah anak teruna sorang..
nasi bertambah tiga kali
walau hidangan cuma biasa-biasa saja

abang anak yang mengujakan
memberikan kejutan demi kejutan buat mommy..
semoga hidup kamu terus bahagia dan diberkatiNya wahai anakku


 

No comments: