Thursday, December 26, 2013

:: kenapa berbelog ::

blog mommy ni blog syok sendiri.. hihih:P
so sesuka hati je mommy nak update ape2 pon..
yang pasti tuan rumah ni xdak nak fikir2 karang2 bagai
apa yang nk ditulis atau nak ditempek atau nak dirapu kat sini..
 mommy main belasah jek..
tak pernah kesah pon ada yang nak baca atau tak..
ada yang skodeng ka..
ada org komen ke tak..
ada ke org jengah  atau apa2..

but mommy rasa pelik betul kan
some people said that blog canggini is like keladak.. low minded..
sesikit cite pasal anak dia.. pasal family dia..
whole blog pasal anak dia..
xde cite lain.. sume2 je nk cite..
kekunun nk appreciation dr manusia..
pelikkan manusia..
kenapa nak fikir camgitu..

ada jugak yang kata..
ntah apa2 sume nk tunjuk..
mana dia makan..
dapat hadiah apa..
shopping kat mana..
buat apa..
masak apa..
kalau reti masak xpe gak..
tapi kalau yg reti masak.. cakap pulak nk menunjuk2 plak..
pelik tak?..
semua salah..
ada jugak yang cakap
what is the point blogging
if xde sapa baca..
baik tutup je blog..
hah??

sebab2 people blogging tak sama bagi semua orang..
ada yang kekunun nk abadikan cite2 dan kisah2 hidup dia
so that anak2 can read someday..  bila dah tua can mengimbau kenangan
mcm mommy poyo nih..hahaha
ada yang memang minat menulis.. dan penulisan mereka pon memang sangat baik..
ada yang nak sebarkan ilmu.. nak kongsi ilmu.. berdahwah..
ada yang nak berkongsi pengalaman.. pengajaran.. peringatan..
ada yang nak berkongsi idea, kepakaran, kelebihan dan macam2 kongsi lagi la..
ada yang nak menjana pendapatan nak meningkatkan taraf hidup..
ada yang nak meluahkan rasa hati, marah, kecewa, gembira..
ada yang nak jadikan diari hidup..
semua2 xde pon nk paksa sesapa baca..
kalau tak suka.. tak payahla baca kan..

bagi mommy setiap situasi atau sebab
semuanya tak pernah menggangu mommy
setiap org pegalaman dan jalan hidup yang tak sama..
ada yang kita rasa tak suke atau  menyampah..
tapi ia sebenarnya memberikan inspirasi kepada org lain
yang pengalaman hidup dan kisah hidup hampir sama
kita xtau kan..
atau mungkin suatu hari nanti kita pulak berada dalam situasi sama
yang sekarang tak terjangkau fikiran kita..

ada org yang ada ramai kawan tempat mengadu tempat minta bantuan
tapi ada yang xde.. kehidupan sosial yang stabil..
tapi ada jugak yang berseorangan, jenis pendiam, atau memacam lg..
melalui blogging dan bacaan kisah2 apa pon ada yang memberikan
kebaikan dan kegembiraan kepada org lain
mana kita tau..

jadi janganlah  nak memberikan komen2 negatif dan jahat
bersangka baiklah dlm apa jua..
tak kiralah kita ni siapa pon..
hakim yang Maha Besar dan Maha Adil sahaja yang boleh menilai kita
manusia ni semuanya serba kerdil dan jahil..
pernah silap dan salah
 tidak sempurna dan tidak maksum..
jadi
renung2kan dan fikirlah sendiri..
sekian repeken tengahari ini..
perut lapar.. jom makan..
 

No comments: