Tuesday, December 31, 2013

:: tata 2013 hello 2014 ::

2013 adalah tahun yang sangat bermakna buat mommy..
ada segala suka dan duka didalamnya
dan semestinya setiap tahun pon ada kan...
namun 2013 adalah tahun yang sgt istimewa..
tahun ni mommy telah menambah seorang lagi cahayamata
seorang puteri cantik jelita sempurna sifat fizikal dan rohaninya
tinggal bagaimana ibubapanya mahu mencorakkanya..
kehadiran puteri ini sangatlah dinanti2..
menjadikan anak mommy seramai 2 orang dan sepasang sekarang..
Syukur Alhamdulillah atas rezekimu..
setiap anak itu istimewa dengan keunikan mereka tersendiri..

tahun ni jugak sesi main2 abang aqeem akan berakhir..
sesi pra persekolahan juga sudah berakhir
dan akan melangkah pula ke era persekolahan yang sebenar..
tahun depan mommy dah kena didik dia dengan tambahan sifat tegas pula..
semoga perjalanan hidup kami akan bertambah baik tahun berikutnya..

perbezaan amat ketara sekali tahun ini..
status anak satu kepada anak dua..
memang sangat janggal dan agak susah untuk disesuaikan diri pada mulanya..
namun terima kasih abang long sebab sangat memahami..

azam?
rasanya 2013 mommy tak memasang apa2 azam yang spesifik..
jadi untuk 2014 
laksanakan azam yang masih belum tercapai itu..
azam tahun baru mommy..
mahu menjadi hamba yang bertaqwa..
ibu yang hebat,
isteri yang taat,
anak yang patuh
sahabat yang sedia mendengar..
ketua yang adil..
pekerja yang baik..
dan manusia yang cemerlang..
insya Allah jika tidak dapat dicapai sepenuhnya..
akan ada perkembangan yang positif untuknya..
walau apa2 pon kita hanya mampu merancang
namun tuhan yang menentukan.. hihi:)) 
klise punya ayat.

harapan..??
mommy berdoa semoga Allah bukakan pintu hati sang suami..
agar menjadi suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab..
jadi pemimpin akan dapat memimpin dan bukan dipimpin..
semoga menjadi lelaki yang matang, takut kepada azab Allah
dan seterusnya tidak berat sebelah..
tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam saja lagi..
segala kekurangan tahun 2013 tidak akan mampu disempurnakan lagi..
tugas dan tanggungjawab tidak akan berakhir dengan berakhirnya tahun
tidak akan lenyap ditelan waktu
tidak akan pudar ditelan zaman
ia akan menjadi sebagai hutang yang wajib dibayar
yang pasti akan dihisab di akhirat kelak..
jadi fikir2kanlah dan renung2kanlah..
selamat beramal..

sayonara 2013..
ahlan wa sahlan 2014...

 

No comments: