Monday, July 22, 2013

:: susu ibu ::

seperti yang semua sedia maklum..
susu yang terbaik untuk baby adalah susu ibu..



dan mommy tak terjangka pon yang mommy akan fail in breastfeed amanda..
tersangatlah sedihnya.. tersangatlah stress..
mommy telah cuba sedaya upaya..
dengan pengalaman yang tak pernah ada..
mommy masih belum mengalah lagi..
walaupon cuma dapat pump sesudu dua tapi mommy masih gigih mengepam
dan hati ini juga tidak pernah berhenti berdoa agar diperbanyakkan susu ini..

surah al hujarat saja belum sempat dibaca..
lain2 petua semua telah dicuba..
minum horlick dah berbalang2..
supplement shaklee dah nak abes ni.. masih terus makan
lobak putih sudah,
halba,
oren,
pump dan macam2lah..
masih ada susu tapi tidak cukup untuk mengenyangkan puteri jelita mommy..
what else to do?

 a bit regret juga masa mengandung dulu
sebab langsung tak pernah tengok, tak pernah baca dan tak pernah dengar pon surah ini..
mommy tak tahu kenapa mommy asek asyik masyuk dengan surah Luqman, Yusof dan Maryam sahaja..
bile dah tak keluar susu barulah seakan dan
semacam tersedar
semacam baru terjaga dari mimpi.. 
astagrifullahalazim..
ampunkanlah dosa2 aku..

berbanyak2lah bersabar ya wahai anakku.. 
berkat doa dan kesabaran kita..
Insya Allah akan banyak juga susu mommy ini nanti..
walaupon sekarang sudah hampir 80 hari usia amanda 
dan amanda tidak pernah sekali pon breastfeed dgn kenyang
namun we both masih tetap tidak akan berputus asa
bak kata orang.. kami akan berjuang sehingga ke titisan darah susu yang terakhir..hihi:))
we always start with breasfeed
dan end it up with formula milk..
even last two week kami berjauhan
amanda di kampung mommy di sini..
mommy tetap pump
(terkadang terasa nk berputus asa bile cuma setitik dua sahaja selepas setengah jam pump)
namun
last weekend bila balik
amanda masih juga mahu terus berusaha 
menghisap bagi menambah susu mommy
kecuali dia dah lapar sgt..barulah nangis..
sedih sesangat..
kesungguhan puteri mommy itu
memberikan mommy sejuta harapan..
alhamdulillah
selagi ada.. walau pon cuma sedikit, walau sesakit manapon,
walau rasa sangat tidak selesa, walau tersangat stress dengan ujian dan dugaan Tuhan
dan walau apa sekalipon mommy tidak akan berhenti berusaha..
semoga Allah membantu kami.. permudahkan kami.. memberikan rezeki kepada kami
Amin.

p/s: ujung minggu ni mommy balik lagi ya.. kita usaha lagi.. lagipon susu beli 1 tin sahaja.. cukup untuk seminggu.. dapat gaji nanti mommy tambah ya.. bersabarlah wahai anakku.. pasti ada hikmahnya kita diduga begini.. amin!
mommy tak ada baju raya, kuih raya pon takpe asalkan keperluan anak2 cukup.

 

No comments: