Tuesday, June 5, 2012

:: kudoakanmu ::


sudah lama tak berceloteh di blogku ini..
lately, sgt2 hectic.. keje yang semakin xbesh rasanya..
and tetiba dapat berita yang buruk dan menyedihkan..
bapa saudaraku tiba2 tidak sedarkan diri dan dalam keadaan koma due to rat urine decease..

mommy bergegas balik kg.. tinggalkan kerja yang melambak..  
which is i really need a break frm work pom..

pak cikku masih koma, hari ini hari ke -8 beliau tidak sedarkan diri..
tidak mampu bernafas dengan sendiri.. memerlukan alat bantuan pernafasan.
organ2 dalaman juga sudah ada yang tidak berfungsi..
raut wajahnya juga sudah tidak seperti kebiasaan dirinya..
seluruh badan sudah mula membengkakdan sembab..
kaki, tangan seakan kekejangan..katu, kaku tidak bergerak..
darah juga membuih tidak berhenti keluar bersama hembusan nafasnya..
sangat memilukan hati melihat keadaannya..
sangat menyesakkan jiwa merasa betapa deritanya..

namun kami sekeluarga menguatkan semangat untuk terus menjengah beliau
setiap kali tiba waktu melawat.
walau cuma 1 jam tengahari dan 2 jam disebelah petang waktu melawatnya..
dan masa cuma kurang lebih 5 minit sehari sahaja bersamanya di icu..
namun setiap hari selama di kg mommy and all siblings tidak pernah ketinggalan melawat beliau di hospital..
walaupon cuma hanya mampu menatap sayu wajahnya
dan mengusap lembut tangan, dan kakinya..  kami redha dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraannya kembali..

dek kerana waktu melawat yang terhad, kami terpaksa bergilir2 masuk untuk menghadiahkan doanya dan membisikkan syahadah di telinganya.. hanya 2 org sahaja masuk dan sememangnya tidak cukup untuk kami tambahan pula kami juga terpaksa bergilir2 dengan saudara mara dan sahabat handai yang lain.. waktu dirasa cukup pantas berlalu..

semoga beliau segera kembali pulih..

bapa saudaraku ini adalah orang yang paling banyak berjasa dan memberi kesan yang mendalam dalam hidup kami sekeluarga..
he is not just an uncle to us.. he is more like a father, an idols and a person who is very humble, honest and kind..
beliau jenis yang tidak sesekali mahu menyusahkan org2 di sekelilingnya..
even sudah beberapa hari demam namun masih tidak dinyatakan kepada keluarganya.. masih jua berusaha gigih keluar membanting tulang mencari nafkah untuk keluarga..
sehingga tiba satu saat beliau sudah tidak dapat menahan kesakitannya..
barulah diberitahu isteri dan anak2nya..
keadaan sudah agak kritikal namun...

sesungguhnnya..
kami sentiasa mendoakanmu wahai bapa saudaraku..
semoga ayahlong kembali sihat..
amin.
 

1 comment:

bondaqeem said...

alhamdulillah.. baru dpt msg dr kakak, ayahlong makin pulih.. sudah tidak memerlukan mesin motobot untuk bernafas lagi.. sudah boleh bernafas sendiri dan boleh respond bila disebut namanya dengan berkedip matanya..owh! rasa mahu terbang balik menatap wajahnya..