Tuesday, August 16, 2011

:: hati sekeras batu ::

rasa nk merapu tapi xde mood..
tapi rasa sedih dan terkilan dengan diri sendiri

di bulan pose yg penuh keberkatan ini
masih jua mommy tak mampu menahan diri dari dikuasai nafsu amarah..

semua keburukan org tu adalah dari Allah jua..
kenapa mesti mommy merasa marah dan benci pada yang melakukannya
semestinya mommy membantu
tolong membetulkan mana yang patut
bimbing mereka kepada arah yang betul..
mengajak mereka kepada kebaikan

tapi hati ni masih lagi jahil..
masih lagi mahu terus berdegil..
masih lagi sekeras batu...
masih jua diselaputi dengan sifat ego
yang sememangnya menebal dilubuk jiwa
yang masih menganggap diri sahaja yang betul..
masih lagi merasa menyampah dan benci pada org yang melakukan kesilapan...

cermin2lah diri mommy
satu keburukan orang yang mommy nampak
seribu lagi keburukan sendiri yang mommy xnampak
lagi parah jika tahu akan kesalahan tapi masih tidak cuba untuk mengubahnya...

wahai hati sekeras batu
lembutlah engkau
jadilah manusia yg penuh sifat mulia dihatinya....


No comments: