Saturday, June 12, 2010

:: kemalangan menyayat hati ::

sajer post thie e-mail yang mommy terima.. bagi abang askarku tgk..

dia selalu proud jek ngan keje dia.. hehe:) sowi dear!! kalau u ada mesti u tolongkan.. kan??

ni blom lagi war..

tp.. renung2kan dan fikir2kanlah...

Salam,
Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan di
antara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering,.... kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.


Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskrimin
asi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.

Tolong sebarkan kepada
blog yang perihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutamanya facebook Mustapha Mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin..

Wan Mohd ,_._,___













2 comments:

ietams said...

alahai kesiannya ,
teruk gak injurednye tu

ruzzake said...

aah... tp his leg mcm xdpt diselamatkan jek...