Tuesday, September 15, 2009

:: tazkirah ramadhan -part 2 ::

amalan ramadhan

1. ramadhan - basahkan lidah denganmemperbanyakkan zikir kerana ia dapat menyucikandan menenangkan jiwa dibulan ramadhan yang penuh berkat ini
2. ramadhan - berpuasalah dibulan ramadhan dengan penuh keimanan sambil mengharapkan ganjaran daripada Allah, nescaya diampunkan dosa terdahulu
3. ramadhan - bersahur membezakan cara berpuasa org muslim dan org yahudi. sabda Nabi SAW: sahurlah kamu kerana dalam sahur ituada keberkatannya- Bukhari dan Muslim
4. ramadhan - cubalah sedaya upaya untuk mengawal pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang serta tercela lagi terkutuk disisi Allah taala.
5. ramadhan - cukupkan solat sunat tarawih serta witir sepanjang ramadhan kerana ia hanya ada pada bulan ini sahaja dan tidak terdapat pada bulan2 yang lain
6. ramadhan - elakkan makan daripada makanan yang syubhah iaitu ragu2 samada halal atau haram dan yang ternyata haramnya ketika berbuka puasa atau bersahur
7. ramadhan - hidupkan malam2 ramadhan dengan solat pasti beroleh keampunan. sabda nabi SAW: sesiapa yang bersolat pada malam2 ramadhan akan diampunkan dosanya- Bukhari dan Muslim
8 ramadhan- jangan banyakkan tidur di siang hari kerana hanya tidur orang berpuasa yang berpada2 sahaja akan dikira sebagai satu ibadah
9 ramadhan- memperbanyakkan bacaan al-quran serta memahami isi kandungan Al-quran. ganjaran pahala yang besar menantikhususnya dibulan ramadhan ini
10 ramadhan - menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa besar ganjarannya. sabda nabi SAW: pahala orang yang beri makan berbuka puasa sama dengan orang2 yang berpuasa- riwayat ar- tarmizi
11 ramadhan - orang yang berpuasa lalu membuat amalan2 sunat, diampunakan dosa serta tergolongdalam orang2 benar. sabda nabi SAW: sesiapa yang menghidupkan ramadhan terampun dosanya - Bukhari
12 ramadhan - hidupkan tadarus al-quran. nabi SAW pernah menjelaskan bahawa sebaik2 ibadah umatnya ialah membaca Al-Quran, apatah lagi pada bulan Al-quran diturunkan
13 ramadhan - orang yang berpuasa sangat tinggi darjatnya sehingga digambarkan bau mulut orang yang berpuasa disisi Allah lebih baik daripada bau kasturi- Bukhari
14 ramadhan- pada bulan ramadhan ditutup rapat pintu neraka dan dibuka seluas2nya pintu syurga sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari
15 ramadhan - peliharalah lidah daripada bercakap2 kosong, mengumpat, memfitnah, berkata lucah atau sia2 lagi melalaikan serta aktiviti yang membuang masa
16 ramadhan - ramadhan mengajar umatnya berkongsi kesusahan yang dialami oleh fakir miskin dan org2 yang memerlukan. falsafah puasa menerbitkan keinsafan
17 ramadhan - perbanyakakn ibadah malam dengan berqiamullai sambil bertasbih serta bertahmid dan memuji kebesaranNya kerana pahala menghidupkan malam2 ramadhan amat besar
18 ramadhan - banyakkan zikir dibulan ramadhan. sabda Nabi SAW : 2 perkara yang Tuhanmu redhaiaitu kalimah la ilahaillallah dan kalimah astagfirullahalazim- baihaqi

~ilustrasi maxis

No comments: